telenovela marimar


sejak sejak ini aku gila sangat tgk MARIMAR :D
tapi dulu kadang2 ja sebab KELAS TAMBAHAN laaa
but tak banyak sgt espisod aku tinggal :)
mula mula geram sebab ANGELIKA tuu :D
tapi weeh sweet gila :P

kalau tertinggal mesti tgk kat sini TONTON
hehe :)




sebab suka tgk sebab laki ni :P



















(handsome dak weh?haha :D)

*cerita dia tak la berbelit mcm cerita indon kan 

dah nak spm patut jadi ulat buku ni dak jadi ulat tv :P
haha :D

saja nak share apa acitivity aku sekarang ni bkn SHARE IS CARING :))


TELENOVELA MARIMAR,watak marimar di lakonkan oleh  si cantik seksi, yang juga penari, penyanyi dan pelakon iaitu  Marian Rivera. berumur 27 tahun mcm tu la. Hero Sergio Santibanez dilakonkan oleh Dindong Dantes yang kacak lagi taff..:)  Serius best giler citer ni..mula2 dengar lagu nih punyelah gedik2  tp tak cita sampai habis nanti nak tengok dah tak syok..kan2? jom layann


Gustawa Aldama, seorang bisneman kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita walaupun mendapat tentangan daripada ibunya,Dolores. Semuanya menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Marimar kerana lahir di tengah lautan. Dolores yang percaya bahawa Lupita berkahwin dengan Gustavo hanya untuk mendapatkan kekayaan mereka berusaha untuk memisahkan mereka berdua. Dolores mengupah seorang lelaki untuk berpura-pura tidur dengan Lupita sehingga Gustavo melihat mereka. Dolores menghalau Lupita dan memberi amaran agar tidak kembali lagi. Apabila Gustavo mengetahui bahawa semua itu adalah rancangan ibunya, segalanya telah terlambat. Dia tidak berjaya menemui isterinya yang membawa diri bersama satu-satunya anak mereka. Gustavo meninggalkan ibu bapanya lalu pergi ke Manila dan terus mengharap agar satu hari nanti dia akan menemui anak dan isterinya.

7 tahun berlalu tetapi usaha Gustavo masih tidak berhasil. Suatu hari, sepupunya Esperanza datang membawa berita mengenai kematian orang tuanya dalam kemalangan. Sewaktu melawat makan ibu bapanya,Silva, kawan Lupita datang memberitahu di mana Lupita dan Marimar berada. Tanpa membuang masa Gustavo terus mencari dan berjaya menemui keluarganya. Lupita memaafkan Gustavo agar Marimar dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Dalam perjalanan ke Manila, kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan dlalu memisahkan Marimar daripada ibu bapanya. Lupita dijumpai mati akan tetapi Marimar terus hilang.

Marimar ditemui di sebuah pulau terpencil oleh Lola Cruz dan Lolo Pancho yang mengaku sebagai datuk dan neneknya apabila mendapati Marimar hilang ingatan. Mereka memanggilnya Marimar kerana tulisan pada rantai lehernya. Marimar bertemu dengan Angelika dan menjadi sahabat. Walaubagaimana pun mereka mula bertengkar apabila Angelika jatuh dan tangannya patah. Angelika menyalahkan Marimar atas kejadian itu. Marimar membesar sebagai seorang gadis yang naif. Hidupnya mula menjadi rumit apabila bertemu dengan Sergio Santibanez lalu jatuh cinta. Marimar berkahwin dengan Sergio yang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap ayahnya,Renato dan Angelika(maka tiri merangkap bekas kekasih Sergio). Marimar kemudiannya menjadi mangsa kekejaman Angelika yang cemburu di Vila Santibanez. Dari sini Marimar mula menyedari hakikat apa yang telah dilakukan oleh Sergio padanya.

Takdir mula berubah apabila Marimar memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa selepas menghadapi banyak penderitaan di rumah Santibanez dan kematian nenek dan datuk angkatnya akibat kebarakan yang diarahkan oleh Angelika. Di bandar Marimar menukar namanya kepada Bella dan melahirkan anak perempuan yang diberi nam Cruzita sempena nama Lola Cruz.

Selepas bertahun-tahun melalui pencarian yang tidak pernah berhenti Gustavo akhirnya bertemu Marimar tetapi kerana Marimar menukar nama kepada Bella maka dia dapat mengenalinya. Natalia yang memusuhi Marimar sejak di Vila Santibanez telah mencuri loket Marimar yang akan membuktikan identiti anak Gustavo yang hilang. Natalia mula menyamar sebagai anak Gustavo tetapi rancangan jahatnya tidak bertahan lama apabila Marimar mendapat kembali ingatan silamnya lalu membuktikan Natalia adalah penipu. Gustavo akhirnya mengetahui Marimar adalah anaknya tetapi tidak lama kemudian mati akibat sakit jantung. Dengan bantuan Esperanza dan kawannya Innocencia, Marimar pergi ke US dan bertukar daripada seorang gadis naif yang miskin menjadi serang wanita kaya dan sofistikated Bella Aldama.

Bila dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang bisnesman yang berhasrat untuk mengahwininya kerana masalah kewangan syarikat keluarganya. Rodolfo mengundang Marimar ke Masquerade Paty sebagai tetamunya. Tanpa diketahui olh Marimar yang dikenali sebagai Bella, Sergio turut hadir ke majlis itu. Sergio secara tidak sengaja terlihat Bella dan mengenalinya sebagai Marimar. Sergio mmberitahu Rodolfo bahawa Marimar adalah isterinya. Rodolfo tidak mempercayai kata-kata Sergio dan fikir itu adalah mustahil. Marimat menolak Rodolfo pada majlis perkahwinan mereka dan membuktikan dirinya masih mencintai Sergio.

Sementara itu perniagaan Vila Santibanez mula merosot dan Angelika pulang dari luar negara bersama Ranato yang lemah daya ingatan. Tanpa disedari oleh Renato, Angelika meletakkan 'ubat' yang akan melemahkan ingatan dalam makanannya. Renato pula menyedari bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap kehilangan harta dan syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk lelongan tetapi Marimar sebagai Bella muncul dan berlakunya konfrontasi. Disebabkan taktik penuh dendam Bella, Angelika kehilangan segala-galanya. Angelika kembali ke Vila Santibanez dan menghantar Renato ke hospital mental. Namun, Renato berjaya melarikan diri daripada hospital sebelum Angelika dan rang-orangnya tiba. Renato ditembak oleh Nicandro atas arahan Angelika. Walaubagaimanapun dia diselamatkan oleh Dra Rhia dan kembali bersama Sergio untuk membalas dendam terhadap Angelika. Marimar pula membeli Vila Santibanez. Berlaku banyak perebutan antara Marimar, Sergio dan Rodolfo. Marimar sekali lagi membuat keputusan untuk meninggalkan Filipina demi keselamatanya tetapi diculik oleh Rodolfo sebelum sempat pergi. Sergio cuba menyelamatkan Marimar tetapi Rodolfo secara tak sengaja menembak Marimar sedangkan tembakan itu sepatutnya untuk Sergio. Akhirnya ketiga-tiga mereka tertembak secara tak sengaja tetapi tidak serius. Rodolfo dibawa ke hospital dan kemudiannya menjalani perbicaraan dan dijatuhi hukuman penjara.

Marimar memaafkan Sergio dan keluarga mereka bersatu semula. Setelah itu Marimar menemui Vanessa May, kekasih Gustavo setelah kematian Lupita yang sedang mencari anak perempuannya yang hilang iaitu Angelika. Tanpa diketahui oleh Marimar, Angelika merancang kejatuhan pewaris Aldama untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan Vanessa May dan Esperanza. Angelika mengugut Marimar dengan pembunuhan Esperanza agar dapat mengumpan Marimar keluar. Sergio dan yang lain mengetahui bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap pembuhan ibunya dan Esperanza tetapi tiada bukti. Manakala Angelika pula mempunyai pisau dengan cap tangan Marimar dan baju yang penuh dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar agar dapat membunuhnya. Dia memberitahu kepada Marimar bahawa dia yang membunuh Esperanza untuk menutup mulutnya. Orang suruhan Angelika, Nicandro dan Diego telah menyelamatkan Marimar lalu membohongi Angelika tentang kematian Marimar. Rancangannya gagal tetapi dia membuat rancangan lain untuk memerangkap Marimar. Dia terus mengejara Marimar sehingga akhirnya mereka terpaksa berdepan untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang kali tetapi tiada apa terjadi kerana baju kalis peluru yang dipakainya. Marimar menyedari yang Angelika tidak akn pernah berhenti dan membuat keputusan untuk melawan kembali.Walaubagaimanapun Marimar mengalami kecederaan serius manakala Angelika ditangkap polis. Tetapi Marimar terselamat.

Sebulan kemudian, Marimar, Sergio dan teman-teman mereka pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan Angelika. Juri mendapati Angelika bersalah kerana membunuh. Renato pula pergi ke penjara Angelika dan merasuah warden penjara untuk membuat Angelika menderita dengan memberinya kesan terbakar dengan nama Marimar. Sergio dan Marimar mengumumkan perkahwinan mereka dan Marimar memberi semula Vila Santibanez kepada Renato. Bapa angkat Angelika pula merancang untuk melepaskan Angelika dengan letupan bom dan dia perlu bekerjasama denganya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar.

P/s: Teruja nak tahu seterusnya?..jomm tengok kat TV3 Setiap Isnin hingga khamis pukul 3
Petang..opssst!kelas tambahan! :( tak pa tonton dekat di hati ;)
















 
 
 
 aduh kalau tgk marimar mcm kita pulak dok dalam dunia tu ;) TAPI BEST!!
sekian terima kasih :D